Saturday, July 10, 2010

SMAAM sekolahku tercinta.........


SMAAM sekolahku tercinta.......
Tempatku menggapai cita.........
Menuntut ilmu untuk mengharung dunia......
Akhirat dibekalkan bersama.........


SMAAM sekolahku nan indah....
Gagah berdiri dengan megah......
Keharmoniannya amatlah dijaga.....
Etika dipatuhi warganya.....


Guru mendidik umpama murabbi.....
Mencurah ilmu seikhlas hati.....
Membentuk akhlak melengkapkan diri.....
Rohani,emosi,intelek,jasmani....


SMAAM sekolahku berjasa.......
Lahir generasi bertaqwa........
Cemerlang dunia,akhirat jua.....
Berbakti pada nusa dan bangsa...

Friday, July 9, 2010

Kem Perkhemahan Tahunan 2010






Bismillah......walhamdulillah...kem perkhemahan tahunan kokurikulum 2010 yang telah dijalankan selama 3 hari 2 malam iaitu pada 25-27 jun baru-baru ini berjalan dengan lancar...


Tema pada kem tahun ini adalah 'Eksplorasi Khazanah Alam'yang mana para peserta akan meredah hutan untuk menawan puncak Gunung Arong......Program bermula dengan acara memasang khemah kumpulan masing2.Program ini telah diketuai oleh Cikgu Razif selaku Kem Komanden..

Program diteruskan lagi dengan solat asar secara berjemaah..Seramai 160 orang peserta yang menyertai kem tersebut terdiri daripada 90 orang putera dan 70 orang puteri...

Kem perkhemahan tahun ini merupakan kem yang julung kalinya telah diadakan oleh SMAAM di kawasan pergunungan...Acara kemuncak adalah perasmian penutupan perkhemahan yang telah dirasmikan oleh al-fadhil Ust.Hidris bin Shaari..

Semoga perkhemahan tahunan ini dapat merapatkan lagi ukhuwah di antara pelajar..